Katak Comel

ong gedek-gedek

My Blog

Bapa Main Game Sampai Biar Anak Mati Kelaparan

Posted by katak on April 15th, 2014

Bapa Main Game Sampai Biar Anak Mati Kelaparan | Polis Korea Selatan pada hari ini dilaporkan telah menahan seorang lelaki yang membiarkan anak kecilnya mati kelaparan ketika dia sibuk bermain permainan video online di kafe internet.

Kes terbaru ini dijangka akan menjadi sebab untuk perdebatan hangat di negara itu yang mana permainan video seperti itu menjadi masalah.

Parlimen Seoul difahamkan sedang merancang untuk merangka undang-undang untuk mengklasifikan permainan video sama dengan dadah, judi dan arak yang boleh menyebabkan ketagihan melampau.

Lelaki itu berusia 22 tahun, hanya dikenali dengan nama Chung ditahan semalam selepas mayat anaknya yang berusia dua tahun yang sudah mereput ditemui dalam satu beg sampah di bandar selatan Korea, Daegu.

Kes itu mendapat liputan meluas media. Stesen televisyen turut menayangkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Chung di dalam lif di kawasan rumahnya, memeriksa rambut dihadapan cermin dengan sebelah tangan memegang beg sampah dipercayai mengandungi mayat anaknya.

Kematian tragik kanak-kanak itu mengimbau satu kes pada 2009 yang menggemparkan Korea Selatan apabila satu pasangan membiarkan bayi mereka yang berusia tiga bulan mati kelaparan kerana asyik bermain permainan video membesarkan bayi maya.

Februari lepas, isteri Chung mula bekerja di sebuah kilang jauh dari bandar Daegu, meninggalkan suaminya yang tidak bekerja untuk menjaga anak mereka.

Bagaimanapun, lelaki durjana itu menghabiskan kebanyakan masanya berada di kafe internet, hanya balik ke rumah dua atau tiga hari sekali untuk memberi makan kepada anaknya.

Menurut anggota polis, Chung mengetahui anaknya telah mati pada 7 Mac lepas tetapi membiarkannya di rumah selama lebih sebulan sebelum membuangnya di sebuah taman kira-kira satu kilometer jauhnya.

Chung pada mulanya membuat laporan anaknya hilang tetapi akhirnya mengaku telah membuang mayatnya.

Seorang detektif polis di Daegu yang menyiasat kes itu berkata Chung akan dikenakan tuduhan membunuh dan membiarkan mayat seorang manusia.

Pada tahun 2012, seorang wanita ditahan di negara itu kerana melahirkan anak di dalam tandas sebuah kafe internet, tempat dia bermain selama berhari-hari dan membiarkan anaknya yang dilahirkan mati.

You Might Also Like