26 Gambar Majlis Pernikahan Beego Dan Linda Hashim

26 Gambar Majlis Pernikahan Beego Dan Linda Hashim

Gambar Majlis Pernikahan Beego Dan Linda Hashim

Bekas pelakon bagi drama bersiri Puteri, Beego telah selamat bergelar suami kepada artis wanita popular, Linda Hashim pada satu majlis di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2 Wangsa Maju dengan sekali lafaz tepat jam 9.26 malam semalam.

Pasangan mempelai ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizam Wahab dan disaksikan oleh ayah pihak perempuan Hashim Yusuf.

Majlis yang dihadiri seramai 200 tetamu ini telah dijalankan di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM35,000.

Pihak perempuan menerima hantaran berupa sepasang kasut berjenama Quince, tepak sirih, jam jenama Titus, sebentuk cincin, sepasang jubah, set pewangi Burbery dan beg tangan Furla.

Manakaka pihak lelaki menerima seutas jam tangan D&G, sepasang baju Polo, sepasang kasut Bershka, cermin mata Cartier, sebentuk cincin Amporia Armani, set penjagaan diri L’eau D’issey Pour Homme, coklat Hershey’s Rocher dan sirih junjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Ini di cari dan di baca melalui keyword dari google:

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “26 Gambar Majlis Pernikahan Beego Dan Linda Hashim”

  1. fendy says:

    tahniah beego dan isteri…

Leave a Reply