Hanis Zalikha Disabotaj Bekas Kekasih

Hanis Zalikha Disabotaj Bekas Kekasih

Hanis Zalikha Disabotaj Bekas Kekasih

Penulis blog yang popular yang kini sudah menjadi pelakon, Hanis Zalikha binggung apakah punca gambar mesranya bersama seorang lelaki misteri tersebar luas di internet baru-baru ini. Namun Hanis mengakui lelaki dalam gambar tesebut merupakan teman lelakinya yang merupakan seorang juruterbang.

“Lelaki itu bekas teman lelaki saya dan sebenarnya gambar tu gambar dua tahun lepas. Dia yang muat naik gambar tu di Instagram dia. Saya tak tahu kenapa dia buat macam tu. Mungkin tiba-tiba dia terkenang kembali kot…,” kata Hanis Zalikha.

Pada awalnya, Hanis Zalikha tidak ambil endah mengenai gambar tersebut. Tetapi apabila berita itu masuk di surat khabar, beliau berasa kurang senang.

“Mula-mula saya tak kisah sangat, sebab yang upload tu dia bukan saya. Tapi bila dah keluar di surat khabar, saya rasa tak best.

Tapi apa yang saya tahu, dia dah buang gambar tu.

“Bagi saya, ini semua lumrah. Banyak yang masih saya yang perlu belajar untuk berdepan dengan situasi macam ni. Tapi sebagai artis, saya faham yang orang akan sentiasa nak tahu tentang kita. Orang yang tak senang dengan kita tu akan sentiasa ada. Itu perkara biasa. Saya juga banyak bertanyakan pada rakan artis yang berpegalaman seperti Lisa Surihani dari segi kerja dan macam mana nak berdepan dengan situasi kalau terjadi hal-hal begini,” tambah Hanis Zalikha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Ini di cari dan di baca melalui keyword dari google:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply