Izzue Islam Dan Anzalna Nasir Bergaduh Di Set Penggambaran

Izzue Islam Dan Anzalna Nasir Bergaduh Di Set Penggambaran

Dua nama selebriti popular yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Anzalna Nasir Dan Izzue Islam kini sedang bermasam muka yang dipercayai berpunca daripada sikap Izzue Islam yang terlalu ingin menjaga hati isterinya iaitu Awin Nurin.

Salah faham itu berlaku apabila Anzalna dikatakan terlalu menjiwai watak dalam satu adegan romantik sehingga menyebabkan Izzue berasa tidak selesa.

Tambahan pula, isterinya yang juga merupakan pembantu peribadinya itu sering berada di set penggambaran dan dikatakan sedikit sebanyak seperti ‘mengongkong’ setiap pergerakan Izzue.

Mungkin kerana mahu menjaga rumahtangga yang dikira masih setahun jagung, sumber tersebut turut memberitahu bahawa Izzue telah menegur Anzalna yang dianggap berlebihan dalam lakonannya.

Terasa dengan tindakan itu, Anzalna dikhabarkan turut menarik muka dengan Izzue sehingga kini.

Tidak dinafikan sememangnya perlu wujud batasan dalam lakonan, namun jika berita yang kami dengar ini benar, tindakan yang dilakukan oleh Izzue itu mungkin akan menjejaskan kreativiti orang lain untuk terus berkarya dalam industri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Ini di cari dan di baca melalui keyword dari google:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply