Katak Comel

ong gedek-gedek

Sedihnya Bila Adik Tahun 1 Berketurunan Iban Ini Bertanya…”Cikgu..Bila Ari Lima?

Sedihnya Bila Adik Tahun 1 Berketurunan Iban Ini Bertanya…”Cikgu..Bila Ari Lima? | Kepada adik adik yang masih bersekolah. Malam ini adik berada dimana? Mungkin adik berada di rumah sedang menonton cerita Korea bersama ibu dan bapa.

“-HOT-Wangian khas untuk memikat wanita – Wanita pasti tergoda -..”

Mungkin juga adik sedang bermain permainan video atau bermain gadjet tablet. Setiap malam adik yang berada di tahun 1 hingga tingkatan 5 akan berada dirumah bersama ibubapa dan keluarga setiap hari.

Namun adik yang berada didalam gambar ini. Pada saat ini sedang nyenyak tidur beralaskan bantal sambil memeluk anak patung setelah menghitung hari untuk pulang pada hujung minggu ini. Adik didalam gambar ini amat merindui ibu dan bapanya.

Ini benar dik. Ini betul betul kejadian. Namanya Lysiana. Seorang kanak kanak Iban berumur 7 tahun. Seawal usia itu Lysiana sudah tinggal di asrama sekolah semata mata untuk 1 tujuan. BELAJAR. Itulah tujuannya.

Bagi adik adik dibandar usia yang sama juga ke sekolah namun perginya berhantar pulangnya disambut.Namun Lysiana ini hanya dihantar oleh ibunya ditepi jalan rumah panjang di sebuah tempat bernama Klauh (berdekatan dengan Sri Aman). Jarak dari rumah ke sekolah hampir 60km mustahil bagi ibubapanya menghantar dan mengambil setiap hari.

Kerana itu kepergian Lysiana ke sekolah hanya menggunakan van pada petang Ahad dan kembali ke rumah ibubapanya pada petang Jumaat.

Cikgu masih ingat dik semasa cikgu mengajar kelasnya pada awal Januari … airmata Lysiana tidak kering dari bertakung dikelopak matanya.

Namun dia tidak pernah meraung berguling minta balik. Bila Cikgu lalu disebelah mejanya dia akan menarik tangan cikgu dan bertanya…”Cikgu … bila ari lima?” (Cikgu, bila hari Jumaat?) cikgu akan pegang kepalanya dan berkata … lagi 3 hari.

Maka mulutnya akan mencebik dan terus mewarnakan gambar aktiviti yang diberi. Sesekali dia mengesat airmata dengan lengan baju.

Anak sekecil ini sudah diajar berdikari. Anak sekecil ini sudah jauh berpisah dengan ibubapa demi mencari ilmu. Anak sekecil Lysiana ini sudah mula belajar mengemas tempat tidur sendiri di asrama. Anak sekecil ini sudah mula mencuci baju didalam baldi dibilik mandi. Anak sekecil ini sudah mula menyidai dan melipat kain bajunya sendiri. Anak sekecil ini diajar erti pengorbanan.

Sedangkan anak seusia Lysiana ini di Kuala Lumpur mungkin bajunya dicuci bibik. Anak orang JB seusia Lysiana ini mungkin tidurnya diatas tilam spring. Anak orang Georgetown seusianya mungkin makannya bersuap tidak makan bertalam.

You Might Also Like