Sinopsis Kampung Girl

Sinopsis Kampung Girl

kampung girl

 

Selepas kejayaan ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ mencipta fenomena luar biasa dan telah melabuhkan tirai pada minggu lalu, tumpuan para penonton bakal beralih ke sebuah lagi drama siri romantik komedi 13 episod bertajuk Kampung Girl di bawah arahan Heykal Hanifah.

Drama bersiri ini adalah adaptasi dari novel popular oleh Umi Kalsom. Kampung Girl menampilkan Akim Ahmad sebagai Ashraf Khairi dan Nad Zainal sebagai Ainnur Azmi dan turut dibantu oleh Emma Maembong, Syafiq Kyle, Hilal Azman, Emma Akma, Fikhree Bakar, Ramona Zam Zam, Anne Abdullah, Reen Rahim dan Ramli Salleh.

Kampung Girl mengisahkan mengenai Ashraf Khairi, anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan Shahir dan Puan Mazlin cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri iaitu Ainnur Azmi, seorang gadis kampung yang pada anggapannya tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa di kampung. Jiwa Ashraf mula memberontak. Dia mula mengatur strategi dengan menyibukkan diri di pejabat untuk memprotes dan menangguhkan hasrat ibubapanya.

Sejak kecil lagi Ashraf memang tidak menyukai Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari Puan Mazlin. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu.

Identiti Ainnur yang belajar hingga keluar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dirahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Ainnur ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampung yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya, Puan Mazlin.

Ashraf yang bengang dengan persetujuan Ainnur telah menggunakan setiausahanya, Annisa untuk menyamar sebagai kekasihnya. Tapi lain pula yang berlaku apabila terbongkar dengan Ainnur kerana setiausahanya itu juga budak kampung dan yang lebih memeranjatkan, dia adalah kawan baik Ainnur sendiri.

Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan dan persandingan akan dibuat kemudian. Pada malam pengantin, rahsia Ainnur yang berpendidikan diketahui juga. Ashraf terlihat gambar graduasi Ainnur di luar negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah terhadap Ainnur dan selama sebulan dia tidak mempedulikan isterinya itu. Ainnur mengajar di Pulau Pinang manakala Ashraf bekerja di Kuala Lumpur. Teman serumah Ainnur menasihatkan Ainnur untuk memikat hati Ashraf. Pelbagai usaha dilakukan oleh Ainnur namun ego Ashraf terlalu tinggi.

Mungkinkah hati pemuda bandar ini akan menjadi lembut jua untuk menerima Ainnur? Atau kisah Ashraf dan Ainnur bakal menjadi kisah yang semakin rumit? Saksikan Akim Ahmad dan Nad Zainal melalui ‘Kampung Girl’ di slot Zehra, setiap Jumaat jam 9.00 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Ini di cari dan di baca melalui keyword dari google:

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply