Mantan Timbalan Menteri Kini Penghuni Rumah Orang Tua
Mantan Timbalan Menteri Kini Penghuni Rumah Orang Tua | Bekas anggota kabinet Malaysia yang juga mantan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia serta bekas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datin Paduka Hajjah Rahmah Othman kini dilaporkan sedang menghabiskan sisa-sisa usianya di rumah orang tua-tua.
Lebih menyedihkan lagi apabila, rumah jagaan tersebut yang terletak di Telok Panglima Garang, Klang tersebut merupakan milik orang bukan Islam.
Datin Paduka Hajjah Rahmah Othman pernah menabur jasa kepada negara ketika berkhidmat dahulu.Jadi, kurang wajar jika seseorang yang pernah mempunyai kedudukan tinggi dalam negara berakhir begini nasibnya.