Nurul Wahab Dikutuk Rakan Artis Kerana Isu Politik
Penyanyi terkenal suatu masa dahulu, Nurul Wahab telah berkongsi sedikit cerita menerusi blog miliknya mengenai seorang artis yang dikatakan terlalu taksub dengan parti politik sehingga mengutuk dirinya dengan kata-kata yang tidak enak didengar.
Related: Sedihnya Bila Adik Tahun 1 Berketurunan Iban Ini Bertanya…”Cikgu..Bila Ari Lima?
“Ada berita datang ke telinga aku ni tentang seorang artis yang berubah – masuk politik dan namanya memang hot lah! Orangnya pun hot. *peace.* Cerita yang seronok aku dengar apabila si hot ni datang ke Baling Kedah – tak jauh pun dengan kampung asal arwah atuk & nenek serta arwah abah.
Kata sepupu aku yang berpangkat Dato ini, nama aku disebut oleh si artis yang hot ni. Katanya dia berubah kerana industri muzik dan dunia artis ni tak betul. Lepas tu ada la nama artis yang dia sebut. Dalam banyak-banyak tu dia sebutlah Nurul Wahab. Katanya aku tak sedar diri, seksi lah apa lah.. (aku tak tahu detail yang lain) Wah!! Hebat juga aku ini! Terima kasih politician yang hijau. Awak mengata tu tentang Nurul Wahab di kawasan arwah atuknya dan abahnya… ehhehe… orang akan sampaikan pada si tuan punya nama juga.. hehehe.. Baik atau buruk, pada aku ianya publisiti! Kena lah berterima kasih, kan.. . Hahahhaa..” ujar Nurul Wahab menerusi laman blognya beberapa jam yang lalu.
Related: Nurul Wahab Dikutuk Rakan Artis Kerana Isu Politik
Pada entri yang sama, Nurul turut melahirkan rasa pelik dan terkejut apabila artis tersebut menyatakan bahawa dirinya berubah kerana Allah dan mengaku pernah mimpi berjumpa dengan Allah S.W.T.
Si hot ni tadi, selepas dah puas mengutuk aku yang tidak ada kena mengena dengan parti politiknya tu; – dengan bangganya menceritakan bahawa dia berubah kerana Allah datang ke dalam mimpinya! Wow! Itu macam dah berpangkat maksum! Setahu aku (dalam pada kejahilan aku ni) hanya Nabi Muhammad SAW yang boleh bertemu Allah. Bermimpi Nabi Muhammad itu mungkin. Tetapi tidak Allah untuk kita manusia biasa ini. Itu setahu aku lah.. Selepas dia sebutkan cerita mimpinya tu, habislah kena boo dan ada yang bangun pulang. Aku tak ada di situ. Ini cerita sepupu aku yang sampaikan. Ada video katanya. Nak juga aku tengok video tu! Aku ketawa sahaja mendengarkan cerita yang disampaikam. Biasalah tu.. dunia sekarang berpolitik kena kutuk dan menjatuhkan orang lain… ooopppsss!”