Katak Comel

ong gedek-gedek

Senarai Artis Menyokong Barisan National Dan Pakatan Rakyat Secara Terbuka

Sememangnya bahang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semakin hangat sebaik sahaja process penamaan calon berlangsung dengan aman di pusat-pusat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seluruh negara.

Pada masa yang sama, para selebriti dan artis tempatan tidak melepaskan peluang untuk berkempen bersama parti politik pilihan mereka.

Adakah warna politik di Malaysia akan menjadi seperti pilihanraya di Indonesia apabila menyaksikan ramai penggiat seni bertanding mewakili parti masing-masing?

Rata-rata artis tanah air yang terlibat dalam politik dilihat yakin bahawa diri mereka mampu mempengaruhi pemikiran peminat mereka.

Antara artis dilihat menyebelahi Barisan Nasional (BN) adalah seperti Datuk Aznil Hj NawawiDatuk HattanNash LefthandedAfdlin Shauki, Amy Search, Datuk DJ Dave, Datuk AC Mizal, Mus May, Bagio Damasutra, Zed Zaidi, Jay Jay, Jamal Abdillah dan Nabil Raja Lawak.

Manakala Yatt Hamzah, Abby Abadi, Bob Lokman, Dayangku Intan, Hairie Othman, Ali XPDC, Zulkifli Ismail, Azmil Mustapha, Yassin Sulaiman, Aisyah dan Adam Hamidmenyebelahi Pakatan Rakyat.

Tambah menarik, mereka bukan sahaja menunjukkan sokongan mahupun pandangan terhadap sesebuah parti politik malah ada antara mereka yang mencabar diri untuk bertanding pada pilihan raya kali ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebelum ini telah mengumumkan penyanyi Janji Manismu, Aisyah bakal bertanding di P.127 Jempol atas tiket PAS.

Pada masa yang sama, penyanyi 80-an, Herman Tino turut membuat kejutan apabila beliau bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Tanjung Karang di mana bakal berlaku pertembungan tiga penjuru.

Adakah status sebagai artis mampu membawa mereka berjaya dalam bidang politik? Sama-sama kita nantikan 5 Mei 2013.

You Might Also Like

Katak Comel